Rikka - "Usahlah berdiam diri"

Rikka, seorang Cosplayer berbakat dari Malaysia, mengisi masa lapangnya dengan menjadikan imaginasi sebagai satu realiti.

Rekaan Cosplay

Pernahkah anda tertanya apakah persediaan yang berlaku disebalik rekaan Cosplay? Semestinya, usaha, keseniaan, dedikasi dan waktu yang begitu lama diperlukan! Bagi Rikka, dia memulakan perancangan lebih awal dengan mengukir kostumnya secara terperinci dalam imaginasi tersendiri (seperti dimensi, bahan dan reka bentuk secara keseluruhan). Sambil menunggu bahan-bahannya dihantar ke rumahnya, Rikka bekerja keras sehingga lewat malam dengan memotong, menjahit, mewarnai lagi sehingga imaginasinya menjadi realiti.

Dandanan Rambut dan Solekan

Dandanan rambut dan solekan adalah perkara paling asas dalam penciptaan Cosplay; Star Guardian Jinx bukan sekadar pakaian Merah-Putih mahupun senjata besarnya sahaja. Solekan mata dan kanta sentuh merah menyempurnakan watak liar Jinx, manakala gincu merah pekat memberi senyuman maut kepadanya. Apa yang pasti, komitmen Rikka dapat dilihat pada kostumnya. Kemudian, pelengkap Cosplay Rikka adalah rambutnya semerah yang diawarnakan merah seperti rambut panjang Star Guardian Jinx.

Persediaan Sebelum Bersinar

Sebelum acara bermula, Rikka mula memasang ciptaannya - baju kelabu dan ungu, seluar merah, seluar leging, kasut tumit tinggi yang disertai kombinasi zip, reben, pin dan aksesori lain juga. Akhir sekali, pembukaan lampu LED pada Bintang 'Pink'. Rikka membawa Shiro dan Kuro mengiringinya ke Gamestart 2016.

Bintang GameStart 2016

Rikka menghadiri GameStart 2016, Singapura untuk mempamerkan rekaan terbarunya, Star Guardian Jinx. Dia sempat menemui pelbagai jenis penyokong League dan tajuk eSukan lain - ada yang berkostum juga. Pada Hari Pertama, Rikka turut memikat hati pihak juri Cosplay yang mengekalkannya dalam Peraduan Cosplay Runway. Pada Hari Ke-2 pula, Rikka menyalakan Star Guardian dalam dirinya di atas pentas sebelum dihadiahkan Anugerah Pilihan Juri.

Galeri Cosplay

Apakah cara lebih baik memberi sinar kepada fantasi Star Guardian Jinx? Semestinya, satu backdrop foto perlu ada! Rikka membawa kostum, senapang dan plushy Shiro dan Kuro ke studip juurugambar dan lokasi terpencil untuk sesi bergambar.

RIKKABLURHOUND

Rikka Blurhound adalah seorang Cosplayer dari Malaysia, dan bekerja sebagai pakar makanan. Dia amat menggemari ciptaan perisai dan Cosplay berbanding menjahitkan baju. Biarpun ukuran ketinggian Rikka hanya mencecah 148cm, dia mengutamakan watak wanita yang tegas sebagai Cosplay-nya.

Seorang peminat setia League of Legends, Rikka memiliki pengalaman luas dalam bidang Cosplay LoL seperti Frostblade Irelia, Championship Shyvana, Star Guardian Lux, New Dawn Ahri, Sorceress Lux dan Ashe. Semangat seni dan wajahnya yang penuh beremosi terus mengagumkan komuniti!